Sunday, April 25, 2010

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH

(Sumber Buletin Masjid Intan Abu Bakar Taman Sri Pulai)

Renungi dan hayati akan khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w yang lebih dikenali dengan khutbah haji widak yang dilakukan pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, bukit Arafah.

Antara isi khutbah Rasulullah itu adalah:-

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah akan dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah denga teliti kata kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang yang tidak dapat hadir pada hari ini.

Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim ini sebagai amanah suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Jangan kamu sakiti seiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba’ dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembut kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Hak kamu atas mereka ialah, mereka sama sekali tidak boleh memasukan yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata ku ini, sembahlah ALLAH, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada setiap muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lain kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awaslah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan ku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepas ku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah ku sampaikan kepada kamu. sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-quran dan hadith (sunnahku).

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapan ku, menyampaikan pula kepada kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kata ku yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu.

Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan di Makkah 20.4.570M bersamaan 12 R/awwal.
Nabi melaksanakan Haji Widak (Hjai Terakhir) 632M 25 Zulkaedah 10H
Wafatnya Rasulullah S.A.W pada usia 63 tahun 6.632M bersamaan 12 R/awwal 11H

No comments:

Post a Comment